Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

PESAN NUJU SULU...Lagu terbaru Eisner Nala 2016

PESAN NUJU SULU           Sebuah lagu baru yang didendangkan oleh Eisner Nala. Lagu ini merupakan hasil karya Eisner Nala yang chukup berbakat dalam bidang seni, di mana beliau juga mempunyai bakat dalam mencipta lirik lagu. Bakat beliau terserlah apabila lagu beliau dalam album yang pertama berjaya menambat hati para peminat beliau iaitu : Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula. Hasil usaha sama beliau bersama producer OCHSP, telah memberikan satu hasil karya yang membuahkan hasil. Kini beliau sekali lagi tampil dengan album baru yang sedang dalam proses pembikinan, antara lagu yang beliau sendiri hasilkan adalah Pesan Nuju Sulu dan Engka. Pesan Nuju Sulu menceritakan kesetiaan dalam perhubungan bagi pasangan yang sedang bercinta.  Album pertama beliau 2014 : Eisner Nala ,Keling Pesaka Ati Saling mempercayai walaupun terpaksa berjauhan disebabkan mengejar cita-cita dan kehendak tugas masing-masing. Namun cinta yang terpahat dihati menjadikan perhubungan itu t
KUMANG TATAI KELINGKANG (ARTIS BARU OCHSP ) ......................................................................         Sebuah lagu yang dimuatkan dalam album baru OCHSP 2016, mengetengahkan bakat Rhymuse  Bilong yang berasal dari Julau, Sarikei. Beliau mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni suara, dan sering memperjuangkan bakat beliau melalui penyertaan pertandingan nyanyian.         Album sulung beliau memuatkan 8 buah lagu dan sedang dalam proses pembikinan video klip.          Semoga segala impian dan usaha beliau selama ini akan membuahkan hasil dan bakat beliau akan lebih ditonjolkan. Beliau telah ditawarkan merakamkan album solo beliau dibawah naungan OCH Sound Production, sehingga kini album beliau mencapai hampir 80% untuk dikeluarkan. KUMANG TATAI KELINGKANG Semoga kehadiran beliau dalam industri seni suara dalam industri muzik iban khususnya akan mendapat tempat dihati peminat dalam mahupun luar Sarawak. KUMANG
JANGAN TERPEDAYA - KELUARAN YANG ORIGINAL? CETAK ROMPAK?                     VCD ORIGINAL : Hologram dilekatkan Gejala cetak rompak bukan lagi satu isu yang baru dalam industri musik iban khususnya di Sarawak. Tanpa sokongan padu diantara pihak pengeluar dan penguatkuasaan undang-undang, isu ini akan berlanjutan. Begitu juga dengan kesedaran pihak pengguna yang mempunyai hak untuk membeli VCD/CD/DVD yang ORIGINAL.                        Kuasa pembeli di tangan anda sendiri. Tidak dinafikan, banyak rungutan oleh pihak penguna sendiri kadang-kadang keliru dengan produk yang asli ataupun tiruan. Jesteru pelbagai kaedah dan cara perlaksanaan menjurus kepada memberi kesedaran dan pengetahun bagi pendedahan kepada permasalahan yang ditimbulkan.                    Keaslian VCD bukan hanya berdasarkan pelekat hologram sahaja, jika kita buka dan merasa kulit album, pasti ada bezanya diantara yang asli dengan tiruan.                            Tiap-tiap keluaran oleh p
LAGU-LAGU IBAN KELUARAN  OCH SOUND PRODUCTION YOUTUBE CHANNEL OCH SP CHANNEL _________________________________ Khas buat peminat lagu-lagu iban keluaran OCH Sound Production, anda boleh mengakses sendiri lagu-lagu lama ataupun lagu-lagu baru, dimana pihak kami memberikan kemudahan untuk anda menonton dan kongsikan lagu-lagu keluaran OCHSP. Anda boleh share atau subscribed terus ke OCH SP CHANNEL untuk mengikuti perkembangan terkini keluaran karya album-album yang telah berada ataupun yang akan dikeluarkan.  https://www.youtube.com/channel/UCtAPblOSQI7MkylgbnHc2KA Sila Subscribed - anda akan melihat paparan seperti dibawah. Anda boleh share ke halaman facebook, twiter, Instagram dengan mengklik butang share. _____________________________________________________________ https://www.youtube.com/channel/UCtAPblOSQI7MkylgbnHc2KA SUBSCRIBED OCH SP CHANNEL

LEEZ ZWITA_UKAI ANTAH DIPILIH NUAN

LEEZ ZWITA: UKAI ANTAH DIPILH NUAN Album terbaru VCD keluaran OCHSP telah mula dipasarkan. Sambutan yang memberansang ekoran sokongan peminat-peminat Leez Zwita sendiri yang sabar menanti kemunculan album terbaru beliau. Album beliau dikeluarkan dalam bentuk CD Audio dan juga VCD Karaoke mengandungi 9 lagu yang mana sebuah lagu menampilkan penyanyi baru OCHSP Favine - dengan single terbaru beliau yang berjudul Iya Ukai Aku. Album Leez mula dipasarkan dalam bentuk CD Audio, seterusnya diikuti VCD karaoke dikeluarkan 2 minggu selepas itu. Keluaran album terbaru ini mengandungi 8 buah lagu Leez Zwita, lagu-lagu berentak dangdut, joget, house remix dangdut, rentak balada, dan berentak latin dance. Semoga kemunculan album ini akan merancakkan lagi industri musik iban khususnya. SILA KLIK UNTUK TONTONAN VIDEO ALBUM TERBARU LEEZ ZWITA UKAI ANTAH DIPILIH NUAN GERAH MATA UNDANG AKU DATAI BARU BELI YANG ORIGINAL: SOKONG INDUSTRI MUSIK IBAN

PENYAYAU TEBELEKA KETEGAL PEMULA

PENYAYAU TEBELEKA KETEGAL PEMULA  EISNER NALA, seorang artis OCHSP, bakat beliau terserlah setelah menjuarai pertandingan bintang klasik iban yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiat Seni & Kebudayaan Sarawak pada tahun 2012. Kemunculan beliau dalam industri muzik iban telah menambat hati  para peminat beliau setelah album pertama beliau dengan jayanya dikeluarkan pada tahun 2014.       Album beliau yang berjudul Keling Pesaka Ati telah mendapat sambutan yang menggalakan. Antara lagu yang menaikan nama beliau dalam industri muzik iban antaranya Selipar Jepun, Keling Pesaka Ati, Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula disamping 4 lagu lain yang terkandung dalam album solo beliau. Kemunculan beliau lebih menyerlah apabila beliau memenang anugerah persembahan terbaik dalam Anugerah Carta Sapa Juara anjuran RTM Iban sebuah stesyen rasmi di Sarawak pada tahun 2015. Lagu beliau sering berkumandang dan menjadi siulan dikalangan peminat-peminat beliau. Selipar Jepun sebuah lag

MANIS GULA BATU SEMAKIN DIMINATI....

Gula-gula batu, diberi nuan ke aku..... manis-manis sulu.. tanda nuan rindu ke aku... Sebuah lagu yang dimuatkan dalam album terbaru LAILA BJ telah dikeluarkan OCHSP. Album ini mengetengahkan seorang bakat baru dalam dunia seni suara, Laila Bj. Beliau berasal dari Bintulu, Sarawak. Mempunyai bakat besar dalam seni suara. Seorang yang meminati bidang ini sejak kecil lagi. Sebelum begelar artis dibawah naungan OCHSP, beliau memang giat mengikut pertandingan-pertandingan nyanyian. Akhirnya berkat kesabaran, beliau telah ditawarkan untuk merakamkan album pertama beliau pada tahun 2011 di mana pada masa itu beliau dimasukkan berganding dalam album Kompilasi MTV Iban. Dalam album tersebut beliau muncul julung kalinya dengan lagu Meruan Nganti Ditu, lagu dan melodi diciptakan oleh komposer Gita Rengkang dan sebuah lagi lagu Beserara Ukai Ketegal Laya, lagu dicipta oleh komposer Oliver OCHSP.  2015, merupakan tahun yang bertuah bagi beliau setelah ditawarkan merakamkan album

LEEZ ZWITA KEMBALI DENGAN ALBUM BARU MEI 2016

Album baru Leez Zwita (Artis OCHSP), akan dikeluarkan dalam bentuk CD dan VCD Karaoke. Album baru beliau yang bejudul Ukai Antah Di Pilih Nuan. Pembikinan album beliau pada kali ini memakan masa lebih kurang 5 bulan sejak lagu single Ukai Enggai Ngati telah dirakamkan pada 2 tahun lepas.      Beliau yang telah muncul dengan album pertamanya iaitu BAJIK TUAI telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat-peminat lagu Iban khususnya. Lagu tersebut secara tidak langsung telah menaikkan nama beliau dalam dunya pemerindang(Hiburan) industri musik iban. Beliau terus dikenali hinggalah ke hari ini.  Leez Zwita peranankan anak seni yang berasal dari Sebuyau Enssengai Iban, Simunjan. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kejuruteraan Awam dan kini sedang bekerja disebuah syarikat swasta di Kuching. Walaupun bekerja beliau mampu menguruskan masa beliau sebagai seorang penghibur. Beliau sering diundang untuk majlis-najlis keramaian dan juga majis-majlis for