Skip to main content


JANGAN TERPEDAYA - KELUARAN YANG ORIGINAL? CETAK ROMPAK?


                   
VCD ORIGINAL : Hologram dilekatkan
Gejala cetak rompak bukan lagi satu isu yang baru dalam industri musik iban khususnya di Sarawak. Tanpa sokongan padu diantara pihak pengeluar dan penguatkuasaan undang-undang, isu ini akan berlanjutan. Begitu juga dengan kesedaran pihak pengguna yang mempunyai hak untuk membeli VCD/CD/DVD yang ORIGINAL. 
         
            Kuasa pembeli di tangan anda sendiri. Tidak dinafikan, banyak rungutan oleh pihak penguna sendiri kadang-kadang keliru dengan produk yang asli ataupun tiruan. Jesteru pelbagai kaedah dan cara perlaksanaan menjurus kepada memberi kesedaran dan pengetahun bagi pendedahan kepada permasalahan yang ditimbulkan. 
                 

Keaslian VCD bukan hanya berdasarkan pelekat hologram sahaja, jika kita buka dan merasa kulit album, pasti ada bezanya diantara yang asli dengan tiruan.
                           Tiap-tiap keluaran oleh pihak pengeluar adalah tidak sama, ekoran itu pelbagai tindakan dan usaha dilakukan dengan memberi kesedaran kepada pihak pengguna agar tidak terpedaya dengan keluaran yang asli. Antaranya menggunakan kaedah pembungkusan yang lebih menonjol daripada pembungkusan biasa, contohnya menggunakan kaedah Digi pack, Casing berwarna mengikut syarikat pengeluar dan sebagainya. 
                 
                     
Fiedarus : Kasam Pengerindu Tua

Eisner Nala: Keling Pesaka Ati

Namun begitu tidak dinafikan juga yang hanya menggunakan kaedah biasa dengan hanya melekatkan stiker 'Hologram' ORIGINAL pada  hasil produk yang dikeluarkan. Trend ini telah lama dipraktikkan, namun kesedaran akan impak atau kesan negatif dalam jangka masa panjang mungkin memberi kesan yang berterusan ke atas kualiti mahupun kuantiti produk yang dihasilkan setiap tahun mengikut perancangan yang ditetapkan. Maka dengan itu, 'tepuk dada tanya selera' bagi peminat-peminat lagu-lagu iban khususnya.

                     Kerjasama semua pihak dan kesedaran akan impak pada masa akan datang perlulah diambilkira dan jangan dipandang remeh. Terima kasih kepada peminat-peminat yang telah membeli VCD/DVD/CD yang asli selama ini. OCHSP mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan selama ini. 

Sebarang aduan : Anda boleh utarakan dan hantar ke OCHSP Seruran Merindang : Facebook bagi maklumat berkaitan perkara diatas. 





Comments

Popular posts from this blog

PESAN NUJU SULU...Lagu terbaru Eisner Nala 2016

PESAN NUJU SULU           Sebuah lagu baru yang didendangkan oleh Eisner Nala. Lagu ini merupakan hasil karya Eisner Nala yang chukup berbakat dalam bidang seni, di mana beliau juga mempunyai bakat dalam mencipta lirik lagu. Bakat beliau terserlah apabila lagu beliau dalam album yang pertama berjaya menambat hati para peminat beliau iaitu : Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula. Hasil usaha sama beliau bersama producer OCHSP, telah memberikan satu hasil karya yang membuahkan hasil. Kini beliau sekali lagi tampil dengan album baru yang sedang dalam proses pembikinan, antara lagu yang beliau sendiri hasilkan adalah Pesan Nuju Sulu dan Engka. Pesan Nuju Sulu menceritakan kesetiaan dalam perhubungan bagi pasangan yang sedang bercinta.  Album pertama beliau 2014 : Eisner Nala ,Keling Pesaka Ati Saling mempercayai walaupun terpaksa berjauhan disebabkan mengejar cita-cita dan kehendak tugas masing-masing. Namun cinta yang terpahat dihati...

LEEZ ZWITA KEMBALI DENGAN ALBUM BARU MEI 2016

Album baru Leez Zwita (Artis OCHSP), akan dikeluarkan dalam bentuk CD dan VCD Karaoke. Album baru beliau yang bejudul Ukai Antah Di Pilih Nuan. Pembikinan album beliau pada kali ini memakan masa lebih kurang 5 bulan sejak lagu single Ukai Enggai Ngati telah dirakamkan pada 2 tahun lepas.      Beliau yang telah muncul dengan album pertamanya iaitu BAJIK TUAI telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat-peminat lagu Iban khususnya. Lagu tersebut secara tidak langsung telah menaikkan nama beliau dalam dunya pemerindang(Hiburan) industri musik iban. Beliau terus dikenali hinggalah ke hari ini.  Leez Zwita peranankan anak seni yang berasal dari Sebuyau Enssengai Iban, Simunjan. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kejuruteraan Awam dan kini sedang bekerja disebuah syarikat swasta di Kuching. Walaupun bekerja beliau mampu menguruskan masa beliau sebagai seorang penghibur. Beliau sering diundang untuk majlis-najlis keramaian dan ju...

PENYAYAU TEBELEKA KETEGAL PEMULA

PENYAYAU TEBELEKA KETEGAL PEMULA  EISNER NALA, seorang artis OCHSP, bakat beliau terserlah setelah menjuarai pertandingan bintang klasik iban yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiat Seni & Kebudayaan Sarawak pada tahun 2012. Kemunculan beliau dalam industri muzik iban telah menambat hati  para peminat beliau setelah album pertama beliau dengan jayanya dikeluarkan pada tahun 2014.       Album beliau yang berjudul Keling Pesaka Ati telah mendapat sambutan yang menggalakan. Antara lagu yang menaikan nama beliau dalam industri muzik iban antaranya Selipar Jepun, Keling Pesaka Ati, Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula disamping 4 lagu lain yang terkandung dalam album solo beliau. Kemunculan beliau lebih menyerlah apabila beliau memenang anugerah persembahan terbaik dalam Anugerah Carta Sapa Juara anjuran RTM Iban sebuah stesyen rasmi di Sarawak pada tahun 2015. Lagu beliau sering berkumandang dan menjadi siulan dikalangan peminat-peminat bel...