Skip to main content

PENYAYAU TEBELEKA KETEGAL PEMULA




PENYAYAU TEBELEKA KETEGAL PEMULA 

EISNER NALA, seorang artis OCHSP, bakat beliau terserlah setelah menjuarai pertandingan bintang klasik iban yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiat Seni & Kebudayaan Sarawak pada tahun 2012. Kemunculan beliau dalam industri muzik iban telah menambat hati  para peminat beliau setelah album pertama beliau dengan jayanya dikeluarkan pada tahun 2014. 

     Album beliau yang berjudul Keling Pesaka Ati telah mendapat sambutan yang menggalakan. Antara lagu yang menaikan nama beliau dalam industri muzik iban antaranya Selipar Jepun, Keling Pesaka Ati, Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula disamping 4 lagu lain yang terkandung dalam album solo beliau. Kemunculan beliau lebih menyerlah apabila beliau memenang anugerah persembahan terbaik dalam Anugerah Carta Sapa Juara anjuran RTM Iban sebuah stesyen rasmi di Sarawak pada tahun 2015. Lagu beliau sering berkumandang dan menjadi siulan dikalangan peminat-peminat beliau. Selipar Jepun sebuah lagu yang dimuatkan dalam album, memberi impak positif dalam pengubahsuaian konsep techno dance digabung menjadi versi dangdut remix.

Eisner Nala juga mempunyai bakat dalam bidang muzik, beliau berkebolehan bermain alat-alat muzik seperti gitar, & keyboard. Tidak hairanlah beliau juga turut menyumbangkan idea dalam pembikinan lagu justeru berkolaborasi dengan komposer Oliver OCHSP, maka idea yang dihasilkan digabungjalinkan dengan irama muzik yang memberi impak kepada adunan lagu Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula. Lagu ini berentak balada dan kemerduan suara beliau terserlah dalam mendendangkan lagu berentak balada.

Perjalanan dalam industri muzik iban merupakan tapak baru bagi beliau, memandangkan dalam usia semuda 19 tahun beliau telah menyiapkan album pertamanya dibawah naungan OCH Sound Production, kini beliau masih melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di Sarawak. Di samping itu juga, beliau sering menerima undangan menyanyi di majlis-majlis keramaian mahupun sektor-sektor kerajaan mahupun swasta.

2016, beliau sekali lagi secara berperingkat cuba untuk tampil dengan lagu-lagu baru yang bakal dikeluarkan secara single. Beliau sendiri telah mencipta dua buah lagu baru dan pada masa ini, lagu-lagu tersebut masih dalam peringkat pembikinan muzik untuk proses rakaman. Setelah kerja-kerja studio selesai, beliau akan diberi jadual untuk proses rakaman suara di studio.

Harapan beliau, bagi peminat-peminat di luar sana, BELILAH VCD/CD yang ORIGINAL yang telah dipasarkan di kedai-kedai vcd yang terdekat. Sila klik pautan berikut untuk mendengar lagu-lagu dalam album Eisner Nala.





Sila hubungi : Artis Promoter
014-5828878 (Oliver)
untuk majlis dan jemputan.

Comments

Popular posts from this blog

PESAN NUJU SULU...Lagu terbaru Eisner Nala 2016

PESAN NUJU SULU           Sebuah lagu baru yang didendangkan oleh Eisner Nala. Lagu ini merupakan hasil karya Eisner Nala yang chukup berbakat dalam bidang seni, di mana beliau juga mempunyai bakat dalam mencipta lirik lagu. Bakat beliau terserlah apabila lagu beliau dalam album yang pertama berjaya menambat hati para peminat beliau iaitu : Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula. Hasil usaha sama beliau bersama producer OCHSP, telah memberikan satu hasil karya yang membuahkan hasil. Kini beliau sekali lagi tampil dengan album baru yang sedang dalam proses pembikinan, antara lagu yang beliau sendiri hasilkan adalah Pesan Nuju Sulu dan Engka. Pesan Nuju Sulu menceritakan kesetiaan dalam perhubungan bagi pasangan yang sedang bercinta.  Album pertama beliau 2014 : Eisner Nala ,Keling Pesaka Ati Saling mempercayai walaupun terpaksa berjauhan disebabkan mengejar cita-cita dan kehendak tugas masing-masing. Namun cinta yang terpahat dihati...

LEEZ ZWITA KEMBALI DENGAN ALBUM BARU MEI 2016

Album baru Leez Zwita (Artis OCHSP), akan dikeluarkan dalam bentuk CD dan VCD Karaoke. Album baru beliau yang bejudul Ukai Antah Di Pilih Nuan. Pembikinan album beliau pada kali ini memakan masa lebih kurang 5 bulan sejak lagu single Ukai Enggai Ngati telah dirakamkan pada 2 tahun lepas.      Beliau yang telah muncul dengan album pertamanya iaitu BAJIK TUAI telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat-peminat lagu Iban khususnya. Lagu tersebut secara tidak langsung telah menaikkan nama beliau dalam dunya pemerindang(Hiburan) industri musik iban. Beliau terus dikenali hinggalah ke hari ini.  Leez Zwita peranankan anak seni yang berasal dari Sebuyau Enssengai Iban, Simunjan. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kejuruteraan Awam dan kini sedang bekerja disebuah syarikat swasta di Kuching. Walaupun bekerja beliau mampu menguruskan masa beliau sebagai seorang penghibur. Beliau sering diundang untuk majlis-najlis keramaian dan ju...

ARTIS BARU OCHSP...

ARTIS BARU OCHSP 2017 2017 merupakan detik permulaan bagi pendatang baru dalam dunia seni suara. Beliau dalam lingkungan usia yang masih muda mempunyai bakat yang semulajadi  dalam bidang seni suara. Beliau juga dididik sejak dari kecil lagi dalam bidang muzik sehingga sekarang.  MEREDITH BEAKER Masih aktif belajar piano pada tahap Gred 6 dan sering mendapat dorongan sepenuhnya daripada keluarga beliau. Beliau ialah Meredith Beaker @ Meredith B.  Lepasan SPM pelajar daripada SMK Kota Samarahan. Berasal daripada Kpg Kepayang, Simunjan, berbangsa iban dan menetap di Uni Garden, Kota Samarahan.  Minat beliau dalam bidang seni suara amat mendalam, ini disedari oleh ahli keluarga beliau sendiri dimana beliau semasa diperingkat sekolah, sering mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian. Beliau juga menyertai beberapa pertandingan anjuran pihak luar, seperti S ummermall Vocal Challenge baru baru ini.  COVER: TAWINGKU SUBA S...