Skip to main content

PESAN NUJU SULU...Lagu terbaru Eisner Nala 2016



PESAN NUJU SULU

         

Sebuah lagu baru yang didendangkan oleh Eisner Nala. Lagu ini merupakan hasil karya Eisner Nala yang chukup berbakat dalam bidang seni, di mana beliau juga mempunyai bakat dalam mencipta lirik lagu.




Bakat beliau terserlah apabila lagu beliau dalam album yang pertama berjaya menambat hati para peminat beliau iaitu : Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula. Hasil usaha sama beliau bersama producer OCHSP, telah memberikan satu hasil karya yang membuahkan hasil. Kini beliau sekali lagi tampil dengan album baru yang sedang dalam proses pembikinan, antara lagu yang beliau sendiri hasilkan adalah Pesan Nuju Sulu dan Engka. Pesan Nuju Sulu menceritakan kesetiaan dalam perhubungan bagi pasangan yang sedang bercinta. 


Album pertama beliau 2014 : Eisner Nala ,Keling Pesaka Ati
Saling mempercayai walaupun terpaksa berjauhan disebabkan mengejar cita-cita dan kehendak tugas masing-masing. Namun cinta yang terpahat dihati menjadikan perhubungan itu teguh dan tidak mudah rapuh walau dimana berada sekalipun. Perjuangan dalam bidang seni masih diteruskan, sambutan yang amat baik bagi Eisner Nala dengan terhasil album pertama beliau terus melonjakkan nama beliau dipersada seni industri musik iban. 

Kejayaan menempah nama dalam bidang nyanyian sememangnya diakui, selepas beliau menjuarai pertandingan bintang klasik iban yang merupakan satu platfom dalam menonjolkan lagi bakat yang sedia ada. Semoga peminat-peminat Eisner Nala bersabar menantikan kemunculan beliau dengan album kedua yang akan dikeluarkan pada tahun ini (2016).




#PESAN NUJU SULU

#PENGERINDU ATAS REMANG

#PENGERINDU SABUN MANDI

#ENDA ALANG-ALANG



  
                                                                      https://www.facebook.com/newibansong





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEREDITH B MUNCUL DENGAN ALBUM SULUNG : BUJANG KEPAYANG

Konsep lagu dangdut masih lagi mendapat tempat dihati peminat-peminat lagu-lagu iban. Perubahan era muzik dangdut masa kini dengan sejajar dengan perkembangan teknologi rakaman memberikan nafas baru kepada industri lagu-lagu iban. OCHSP telah menerbitkan sebuah album lagu iban terbaru 2017 berkonsepkan lagu-lagu pop komersial, dangdut, joget dan balada dalam album terbaru Meredith B. Nuan keterubah berkonsepkan dangdut remix disasarkan menambat hati para peminat Meredith B yang baru sahaja diterbitkan pada 8 Jun 2017.  Bujang Manchal: Meredith B Artis baru OCH Sound Production, Meredith B merupakan peranakan berasal dari Kpg Kepayang, Simunjan, merupakan seorang artis serba boleh bukan sahaja dalam bidang nyanyian, malah beliau berbakat dalam muzik, khususnya bermain piano dan gitar. Hobi beliau telah dipupuk dari sekolah rendah lagi dan aktif mewakili sekolah dalam aktiviti kesenian.  Album sulung Meredith B mengandungi 8 buah lagu, antaranya Bu...

ARTIS BARU OCHSP...

ARTIS BARU OCHSP 2017 2017 merupakan detik permulaan bagi pendatang baru dalam dunia seni suara. Beliau dalam lingkungan usia yang masih muda mempunyai bakat yang semulajadi  dalam bidang seni suara. Beliau juga dididik sejak dari kecil lagi dalam bidang muzik sehingga sekarang.  MEREDITH BEAKER Masih aktif belajar piano pada tahap Gred 6 dan sering mendapat dorongan sepenuhnya daripada keluarga beliau. Beliau ialah Meredith Beaker @ Meredith B.  Lepasan SPM pelajar daripada SMK Kota Samarahan. Berasal daripada Kpg Kepayang, Simunjan, berbangsa iban dan menetap di Uni Garden, Kota Samarahan.  Minat beliau dalam bidang seni suara amat mendalam, ini disedari oleh ahli keluarga beliau sendiri dimana beliau semasa diperingkat sekolah, sering mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian. Beliau juga menyertai beberapa pertandingan anjuran pihak luar, seperti S ummermall Vocal Challenge baru baru ini.  COVER: TAWINGKU SUBA S...