Skip to main content

MANIS GULA BATU SEMAKIN DIMINATI....



Gula-gula batu, diberi nuan ke aku..... manis-manis sulu.. tanda nuan rindu ke aku... Sebuah lagu yang dimuatkan dalam album terbaru LAILA BJ telah dikeluarkan OCHSP. Album ini mengetengahkan seorang bakat baru dalam dunia seni suara, Laila Bj. Beliau berasal dari Bintulu, Sarawak. Mempunyai bakat besar dalam seni suara. Seorang yang meminati bidang ini sejak kecil lagi. Sebelum begelar artis dibawah naungan OCHSP, beliau memang giat mengikut pertandingan-pertandingan nyanyian. Akhirnya berkat kesabaran, beliau telah ditawarkan untuk merakamkan album pertama beliau pada tahun 2011 di mana pada masa itu beliau dimasukkan berganding dalam album Kompilasi MTV Iban. Dalam album tersebut beliau muncul julung kalinya dengan lagu Meruan Nganti Ditu, lagu dan melodi diciptakan oleh komposer Gita Rengkang dan sebuah lagi lagu Beserara Ukai Ketegal Laya, lagu dicipta oleh komposer Oliver OCHSP. 


2015, merupakan tahun yang bertuah bagi beliau setelah ditawarkan merakamkan album solo yang pertama yang mengandungi lapan buah lagu pelbagai genre. Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah #Manis Gula Batu, Bujang Tuai, Budo Ke Adai, Bujang Maya Sekula Suba dan genre balada juga turut diselitkan.

Mr Brown Ensang, wakil DAMA
Album beliau telah dilancarkan pada 5 Disember 2015 bertempat di Hotel 56, Kuching. Kehadiran timbalan presiden DAMA, Mr Brown Ensang selaku wakil DAMA dengan jayanya telah merasmikan pelancaran album tersebut. Majlis malam Gala OCHSP telah diserikan lagi dengan persembahan artis-artis OCHSP antaranya Diana Ann Belikau, Leez Zwita, Karen Libau dan juga hadirin yang turut menghibur pada malam tersebut. Turut hadir, En Isa Lee wakil PPSKDK, DJ CATFM, Mr Mathew Abu selaku pemudahcara rasmi malam tersebut, turut hadir DJ Ivy Ubang yang hadir bersama memeriahkan majlis pelancaran album Laila Bj.
Leez Zwita & Laila Bj
Harapan Laila BJ, semoga kehadiran beliau dalam industri muzik iban dapat diterima baik bukan sahaja di kalangan peminat-peminat tempatan khususnya malah dari segenap peminat yang meminati lagu-lagu iban di Malaysia mahupun diluar negara. Sekali lagi sokong dan mantapkan industri muzik iban dan para peminat diseru untuk turut sama membenteras gejala Cetak Rompak yang secara tidak lansung sebagai parasit dalam industri muzik iban jika tidak dibendung. Bagi peminat yang ingin menjemput beliau mengadakan persembahan, majlis perkahwinan dan sebagainya bolehlah menghubungi pihak Pengurus Artis : Mr Oliver OCHSP - 0145828878. Terima kasih. 

Sila klik untuk pautan promo lagu-lagu Laila BJ.



BUDO KE ADAI



BELI VCD KA ORIGINAL

SAY NO TO CETAK ROMPAK!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PESAN NUJU SULU...Lagu terbaru Eisner Nala 2016

PESAN NUJU SULU           Sebuah lagu baru yang didendangkan oleh Eisner Nala. Lagu ini merupakan hasil karya Eisner Nala yang chukup berbakat dalam bidang seni, di mana beliau juga mempunyai bakat dalam mencipta lirik lagu. Bakat beliau terserlah apabila lagu beliau dalam album yang pertama berjaya menambat hati para peminat beliau iaitu : Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula. Hasil usaha sama beliau bersama producer OCHSP, telah memberikan satu hasil karya yang membuahkan hasil. Kini beliau sekali lagi tampil dengan album baru yang sedang dalam proses pembikinan, antara lagu yang beliau sendiri hasilkan adalah Pesan Nuju Sulu dan Engka. Pesan Nuju Sulu menceritakan kesetiaan dalam perhubungan bagi pasangan yang sedang bercinta.  Album pertama beliau 2014 : Eisner Nala ,Keling Pesaka Ati Saling mempercayai walaupun terpaksa berjauhan disebabkan mengejar cita-cita dan kehendak tugas masing-masing. Namun cinta yang terpahat dihati...

LEEZ ZWITA KEMBALI DENGAN ALBUM BARU MEI 2016

Album baru Leez Zwita (Artis OCHSP), akan dikeluarkan dalam bentuk CD dan VCD Karaoke. Album baru beliau yang bejudul Ukai Antah Di Pilih Nuan. Pembikinan album beliau pada kali ini memakan masa lebih kurang 5 bulan sejak lagu single Ukai Enggai Ngati telah dirakamkan pada 2 tahun lepas.      Beliau yang telah muncul dengan album pertamanya iaitu BAJIK TUAI telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat-peminat lagu Iban khususnya. Lagu tersebut secara tidak langsung telah menaikkan nama beliau dalam dunya pemerindang(Hiburan) industri musik iban. Beliau terus dikenali hinggalah ke hari ini.  Leez Zwita peranankan anak seni yang berasal dari Sebuyau Enssengai Iban, Simunjan. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kejuruteraan Awam dan kini sedang bekerja disebuah syarikat swasta di Kuching. Walaupun bekerja beliau mampu menguruskan masa beliau sebagai seorang penghibur. Beliau sering diundang untuk majlis-najlis keramaian dan ju...

ARTIS BARU OCHSP...

ARTIS BARU OCHSP 2017 2017 merupakan detik permulaan bagi pendatang baru dalam dunia seni suara. Beliau dalam lingkungan usia yang masih muda mempunyai bakat yang semulajadi  dalam bidang seni suara. Beliau juga dididik sejak dari kecil lagi dalam bidang muzik sehingga sekarang.  MEREDITH BEAKER Masih aktif belajar piano pada tahap Gred 6 dan sering mendapat dorongan sepenuhnya daripada keluarga beliau. Beliau ialah Meredith Beaker @ Meredith B.  Lepasan SPM pelajar daripada SMK Kota Samarahan. Berasal daripada Kpg Kepayang, Simunjan, berbangsa iban dan menetap di Uni Garden, Kota Samarahan.  Minat beliau dalam bidang seni suara amat mendalam, ini disedari oleh ahli keluarga beliau sendiri dimana beliau semasa diperingkat sekolah, sering mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian. Beliau juga menyertai beberapa pertandingan anjuran pihak luar, seperti S ummermall Vocal Challenge baru baru ini.  COVER: TAWINGKU SUBA S...