Selamat bertemu kembali. Tahun 2020 merupakan satu cabaran dalam industri music tanah air dimana pada tahun ini seluruh dunia dunia digemparkan dengan pandemik COVID-19. Namun begitu, industri music iban juga terkesan dengan penularan pandemik ini. Kita sudah tidak bebas lagi dalam penganjuran satu-satu persembahan dan terpaksa mengikut SOP yang ditetapkan. Namun begitu, kita sekarang menuju ke era fasa baru dalam dunia seni hiburan tanah air. Dunia digital. Jika dahulu kita seiring dengan perkembangan penghasilan album secara fizikal namun pada tahun 2020 penampakan penghasilan album adalah sangat kurang memberansangkan.
Hal ini disebabkan perkembangan era teknologi, bahkan semua peringkat penghasilan lagu-lagu baru pada masa kini kian pesat membangun menerusi platform hiburan era-digital. Perkembangan dunia IT juga memberi satu keyakinan bahawa era perubahan dalam dunia hiburan khasnya persembahan secara fizikal atau langsung adalah giat dijalankan melalui media perhubungan seperti media massa, rancangan TV, perkembangan AI, iaitu Artificial Intelligence menerusi aplikasi ringkas media perhubungan telah banyak merubah dan memudahkan manusia sejagat dari segi penyebaran ilmu dan justeru menyemarakan lagi penggunaannya dalam dunia hiburan. Antaranya perkembangan AI dalam smart phones dan media lagi terbukti memberi impak positif dalam penghasilan aplikasi yang canggih dan mampu berdaya saing.
Antara perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi, kini tidak asing lagi diperkatakan, media hiburan berkembang sejajar dengan perubahan norma kehidupan manusia, wujudnya channel Youtube memberi impak positif ke arah perkembangan dunia hiburan. Pelbagai karya dapat dipertontonkan dengan luas tanpa memerlukan prosedur masa yang lama untuk penghasilan sesuatu karya. Cuma perbezaan penghasilan karya adalah pelbagai sama ada penghasilan secara individu mahupun secara koperat. Karya yang terhasil adalah pelbagai seperti karya musical video mahupun filem pendek, atau drama bersiri dipertontonkan melalui channel masing-masing. Semuanya terpulang kepada individu untuk memlilih persembahan yang mana disukai kerana ianya mudah dipertontonkan kerana perkembangan teknologi hanya dihujung jari khasnya media teknologi perhubungan yang kian pesat membangun.
Sejajar dengan itu, OCHSP juga tidak ketinggalan mewujudkan channel official bagi peminat-peminat lagu-lagu iban keluaran OCH Sound Production. Semua lagu-lagu boleh dilayari menerusi channel official ini. Setakat ini OCHSP mempunyai 69K subscribers. Bagi peminat-peminat lagu-lagu iban yang belum subscribe bolehlah melayari youtube channel ini dan tekan butang LIKE dan Loceng bagi mendapatkan berita atau update terbaru setiap keluaran Music Lirik Video mahupun Video Official lagu-lagu keluaran OCHSP. Selain itu. peminat-peminat juga boleh melayari Histagram dan Facebook Official OCH Sound Production. Anda boleh share dan kongsikan dengan rakan-rakan untuk terus menyokong OCHSP dalam dunia hiburan tanah air.
Channel OCH SOUND PRODUCTION : Youtube Official.
S U B S C R I B E - O C H S O U N D P R O D U C T I O N C H A N N E L
OCH SOUND PRODUCTION (YOUTUBE OFFICIAL CHANNEL)
style="text-align: center;"> |
Channel Official OCH Sound Production |
😍Ngamm👏👏👏
ReplyDeleteTHANKS
Delete