Skip to main content

MEREDITH B MUNCUL DENGAN ALBUM SULUNG : BUJANG KEPAYANG

Konsep lagu dangdut masih lagi mendapat tempat dihati peminat-peminat lagu-lagu iban. Perubahan era muzik dangdut masa kini dengan sejajar dengan perkembangan teknologi rakaman memberikan nafas baru kepada industri lagu-lagu iban. OCHSP telah menerbitkan sebuah album lagu iban terbaru 2017 berkonsepkan lagu-lagu pop komersial, dangdut, joget dan balada dalam album terbaru Meredith B. Nuan keterubah berkonsepkan dangdut remix disasarkan menambat hati para peminat Meredith B yang baru sahaja diterbitkan pada 8 Jun 2017. 




Bujang Manchal: Meredith B


Artis baru OCH Sound Production, Meredith B merupakan peranakan berasal dari Kpg Kepayang, Simunjan, merupakan seorang artis serba boleh bukan sahaja dalam bidang nyanyian, malah beliau berbakat dalam muzik, khususnya bermain piano dan gitar. Hobi beliau telah dipupuk dari sekolah rendah lagi dan aktif mewakili sekolah dalam aktiviti kesenian. 


Album sulung Meredith B mengandungi 8 buah lagu, antaranya Bujang Kepayang, Bujang Manchal, Nuan Keterubah, Sagam Lubok Ati Nuan, Milih Sulu, Joget Ngiga Tawing dan Seruran Merindang Maya Gawai (berduet dengan Edwin Boy). Idea dan karya terbaru daripada komposer Oliver OCHSP , Winnie Anyan & Lee Giang pada kali ini diharapkan dapat memuaskan para peminat lagu iban dalam industri muzik iban. Album beliau telah mula dipasarkan dan harapan agar para peminat membeli album beliau yang Original. 

Perkembangan semasa, Meredith B yang masih berusia 18 tahun kini melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan muzik(Diploma Muzik & Seni Persembahan) - 2 tahun  6 bulan dan bakal menjadi seorang pendidik seperti mana hasrat dan cita-cita beliau selama ini telah menjadi kenyataan. Semoga Meredith B terus berjaya dalam karier dan mendapat sokongan daripada peminat-peminat lagu-lagu iban.

Harapan beliau, agar semua peminat terus memberikan sokongan walaupun beliau jarang menghibur ekoran melanjutkan pelajaran. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat-peminat beliau yang telah membeli DVD Bujang Kepayang (Original). Semoga terhibur. 

Promo lagu dalam album beliau: 

Nuan Keterubah : Leka/Tiun: Oliver OCHSP



Bujang Kepayang: Leka: Winnie Anyan/Tiun: Oliver OCHSP


Bujang Manchal: Leka/Tiun: Oliver OCHSP





Comments

Popular posts from this blog

ARTIS BARU OCHSP...

ARTIS BARU OCHSP 2017 2017 merupakan detik permulaan bagi pendatang baru dalam dunia seni suara. Beliau dalam lingkungan usia yang masih muda mempunyai bakat yang semulajadi  dalam bidang seni suara. Beliau juga dididik sejak dari kecil lagi dalam bidang muzik sehingga sekarang.  MEREDITH BEAKER Masih aktif belajar piano pada tahap Gred 6 dan sering mendapat dorongan sepenuhnya daripada keluarga beliau. Beliau ialah Meredith Beaker @ Meredith B.  Lepasan SPM pelajar daripada SMK Kota Samarahan. Berasal daripada Kpg Kepayang, Simunjan, berbangsa iban dan menetap di Uni Garden, Kota Samarahan.  Minat beliau dalam bidang seni suara amat mendalam, ini disedari oleh ahli keluarga beliau sendiri dimana beliau semasa diperingkat sekolah, sering mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian. Beliau juga menyertai beberapa pertandingan anjuran pihak luar, seperti S ummermall Vocal Challenge baru baru ini.  COVER: TAWINGKU SUBA S...

PESAN NUJU SULU...Lagu terbaru Eisner Nala 2016

PESAN NUJU SULU           Sebuah lagu baru yang didendangkan oleh Eisner Nala. Lagu ini merupakan hasil karya Eisner Nala yang chukup berbakat dalam bidang seni, di mana beliau juga mempunyai bakat dalam mencipta lirik lagu. Bakat beliau terserlah apabila lagu beliau dalam album yang pertama berjaya menambat hati para peminat beliau iaitu : Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula. Hasil usaha sama beliau bersama producer OCHSP, telah memberikan satu hasil karya yang membuahkan hasil. Kini beliau sekali lagi tampil dengan album baru yang sedang dalam proses pembikinan, antara lagu yang beliau sendiri hasilkan adalah Pesan Nuju Sulu dan Engka. Pesan Nuju Sulu menceritakan kesetiaan dalam perhubungan bagi pasangan yang sedang bercinta.  Album pertama beliau 2014 : Eisner Nala ,Keling Pesaka Ati Saling mempercayai walaupun terpaksa berjauhan disebabkan mengejar cita-cita dan kehendak tugas masing-masing. Namun cinta yang terpahat dihati...