Selamat bertemu kembali. Tahun 2020 merupakan satu cabaran dalam industri music tanah air dimana pada tahun ini seluruh dunia dunia digemparkan dengan pandemik COVID-19. Namun begitu, industri music iban juga terkesan dengan penularan pandemik ini. Kita sudah tidak bebas lagi dalam penganjuran satu-satu persembahan dan terpaksa mengikut SOP yang ditetapkan. Namun begitu, kita sekarang menuju ke era fasa baru dalam dunia seni hiburan tanah air. Dunia digital. Jika dahulu kita seiring dengan perkembangan penghasilan album secara fizikal namun pada tahun 2020 penampakan penghasilan album adalah sangat kurang memberansangkan. Hal ini disebabkan perkembangan era teknologi, bahkan semua peringkat penghasilan lagu-lagu baru pada masa kini kian pesat membangun menerusi platform hiburan era-digital. Perkembangan dunia IT juga memberi satu keyakinan bahawa era perubahan dalam dunia hiburan khasnya persembahan secara fizikal atau langsung adalah giat dijalankan melalui media perhubung
KAPA PEDULI Setelah keluar dengan album Manis Gula Batu, artis OCHSP muncul kembali dengan single terbaru beliau yang berjudul - KAPA PEDULI. Lagu dan lirik kali ini dicipta oleh komposer Gita Rengkang. Setelah menyepi ekoran beliau menumpukan perhatian terhadap keluarga, kini beliau tampil semula dengan mengeluarkan single terbaru khas buat peminat-peminat beliau yang memberi inspirasi kepada beliau untuk bergiat aktif dalam industri muzik iban khasnya di Sarawak. Single terbaru beliau boleh dilayari di laman Official Youtube - OCH SOUND PRODUCTION. Selain itu, sebuah lagu khas yang telah diberi nafas baru juga telah dikeluarkan, Beserara Ukai Ketegal Laya - Remix Version boleh didengari di laman YOUTUBE - OCH SOUND PRODUCTION. Sila klik ke pautan; LAILA BJ: KAPA PEDULI LAILA BJ: BESERARA UKAI KETEGAL LAYA