Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

LEEZ ZWITA_UKAI ANTAH DIPILIH NUAN

LEEZ ZWITA: UKAI ANTAH DIPILH NUAN Album terbaru VCD keluaran OCHSP telah mula dipasarkan. Sambutan yang memberansang ekoran sokongan peminat-peminat Leez Zwita sendiri yang sabar menanti kemunculan album terbaru beliau. Album beliau dikeluarkan dalam bentuk CD Audio dan juga VCD Karaoke mengandungi 9 lagu yang mana sebuah lagu menampilkan penyanyi baru OCHSP Favine - dengan single terbaru beliau yang berjudul Iya Ukai Aku. Album Leez mula dipasarkan dalam bentuk CD Audio, seterusnya diikuti VCD karaoke dikeluarkan 2 minggu selepas itu. Keluaran album terbaru ini mengandungi 8 buah lagu Leez Zwita, lagu-lagu berentak dangdut, joget, house remix dangdut, rentak balada, dan berentak latin dance. Semoga kemunculan album ini akan merancakkan lagi industri musik iban khususnya. SILA KLIK UNTUK TONTONAN VIDEO ALBUM TERBARU LEEZ ZWITA UKAI ANTAH DIPILIH NUAN GERAH MATA UNDANG AKU DATAI BARU BELI YANG ORIGINAL: SOKONG INDUSTRI MUSIK IBAN

PENYAYAU TEBELEKA KETEGAL PEMULA

PENYAYAU TEBELEKA KETEGAL PEMULA  EISNER NALA, seorang artis OCHSP, bakat beliau terserlah setelah menjuarai pertandingan bintang klasik iban yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiat Seni & Kebudayaan Sarawak pada tahun 2012. Kemunculan beliau dalam industri muzik iban telah menambat hati  para peminat beliau setelah album pertama beliau dengan jayanya dikeluarkan pada tahun 2014.       Album beliau yang berjudul Keling Pesaka Ati telah mendapat sambutan yang menggalakan. Antara lagu yang menaikan nama beliau dalam industri muzik iban antaranya Selipar Jepun, Keling Pesaka Ati, Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula disamping 4 lagu lain yang terkandung dalam album solo beliau. Kemunculan beliau lebih menyerlah apabila beliau memenang anugerah persembahan terbaik dalam Anugerah Carta Sapa Juara anjuran RTM Iban sebuah stesyen rasmi di Sarawak pada tahun 2015. Lagu beliau sering berkumandang dan menjadi siulan dikalangan peminat-peminat beliau. Selipar Jepun sebuah lag

MANIS GULA BATU SEMAKIN DIMINATI....

Gula-gula batu, diberi nuan ke aku..... manis-manis sulu.. tanda nuan rindu ke aku... Sebuah lagu yang dimuatkan dalam album terbaru LAILA BJ telah dikeluarkan OCHSP. Album ini mengetengahkan seorang bakat baru dalam dunia seni suara, Laila Bj. Beliau berasal dari Bintulu, Sarawak. Mempunyai bakat besar dalam seni suara. Seorang yang meminati bidang ini sejak kecil lagi. Sebelum begelar artis dibawah naungan OCHSP, beliau memang giat mengikut pertandingan-pertandingan nyanyian. Akhirnya berkat kesabaran, beliau telah ditawarkan untuk merakamkan album pertama beliau pada tahun 2011 di mana pada masa itu beliau dimasukkan berganding dalam album Kompilasi MTV Iban. Dalam album tersebut beliau muncul julung kalinya dengan lagu Meruan Nganti Ditu, lagu dan melodi diciptakan oleh komposer Gita Rengkang dan sebuah lagi lagu Beserara Ukai Ketegal Laya, lagu dicipta oleh komposer Oliver OCHSP.  2015, merupakan tahun yang bertuah bagi beliau setelah ditawarkan merakamkan album

LEEZ ZWITA KEMBALI DENGAN ALBUM BARU MEI 2016

Album baru Leez Zwita (Artis OCHSP), akan dikeluarkan dalam bentuk CD dan VCD Karaoke. Album baru beliau yang bejudul Ukai Antah Di Pilih Nuan. Pembikinan album beliau pada kali ini memakan masa lebih kurang 5 bulan sejak lagu single Ukai Enggai Ngati telah dirakamkan pada 2 tahun lepas.      Beliau yang telah muncul dengan album pertamanya iaitu BAJIK TUAI telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat-peminat lagu Iban khususnya. Lagu tersebut secara tidak langsung telah menaikkan nama beliau dalam dunya pemerindang(Hiburan) industri musik iban. Beliau terus dikenali hinggalah ke hari ini.  Leez Zwita peranankan anak seni yang berasal dari Sebuyau Enssengai Iban, Simunjan. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kejuruteraan Awam dan kini sedang bekerja disebuah syarikat swasta di Kuching. Walaupun bekerja beliau mampu menguruskan masa beliau sebagai seorang penghibur. Beliau sering diundang untuk majlis-najlis keramaian dan juga majis-majlis for